Pages

Friday, May 22, 2009

ELEMENT 2 - KERJA KURSUS SEJARAH 2009

ELEMEN 2

MEREKOD FAKTA SEJARAH




BANGUNAN BERSEJARAH:

MENARA CONDONG TELUK INTAN




OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya objektif kajian kerja kursus sejarah 21/2 dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif khusus dan objektif umum.

Objektif umum adalah untuk mengenal pasti sumber sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

a)Melalui Objektif khusus, saya dapat mengenal pasti fungsi dan latar belakang bahan binaan serta dapat menambah pengetahuan saya saya tentang bangunan bersejarah yang ada di Malaysia. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air dalam diri saya.

b) Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.

c)Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah. Misalnya seperti bangunan Menara Condong di Teluk Intan, Perak ini, ianya menyedarkan saya bahawa kerjasama dan perpaduan sesama kaum akan membawa kebaikan.tersebut. Saya juga dapat menanam semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini. Saya begitu berbanga dan bersyukur Negara kita bangunan bersejarah yang harus kita kaji.


KAEDAH KAJIAN

Dalam menyiapkan kajian saya, saya telah menggunakan tiga kaedah untuk mendapatkan maklumat bangunan bersejarah Menara Condong di Teluk Intan, Perak.
Kaedah yang saya gunakan adalah seperti berikut:

Kaedah Menebual Orang Sumber.
Sebelum kaedah ini dilaksanakan, kami telah meneliti kehendak tugasan. Kemudian kami telah membina soalan. Kami juga mendapatkan pandangan guru pembimbing. Setelah beliau berpuas hati, barulah kami pergi ke tempat orang sumber untuk menjalankan sesi temu bual.
Kaedah Penyelidikan Perpustakaan.
Saya telah membuat kunjungan ke Perpustakaan Awam dan sekolah di SMK Dato Seri Maharaja Lela. Kami telah mencari buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan Menara Condong Teluk Intan di Perak yang berusia melebihi 100 tahun. Kami telah membuat fotocopy pada bahagian yang mengandungi bahan-bahan yang releven dengan tugasan saya untuk dinilai dan membaca isi kandungannya.

Kaedah Melayari Internet.

Kami telah menggunakan kemudahan internet di rumah untuk melayari laman web yang memaparkan artikel tentang Menara Teluk Intan yang bersejarah di Malaysia. Kami berjaya mendapatkan maklumat yang ditemui dan kami telah memuat turun bahan-bahannya untuk dijadikan rujukan.


PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah memberi petunjuk untuk menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini dengan sempurnanya. Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada beberapa pihak yang selama ini membantu saya menyiapkan Kerja Kursus Sejarah 21/2 saya yang sempurna. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Seri Maharaja Puan Haajah Ni Shafiah Bt Abdul Moin yang memberi kebenaraan kepada saya dan rakan-rakan taulan untuk menjalankan Kerja Kursus Sejarah. Ribuan terima kasih kepada Encik Khairul Azhar Bin Yahya, guru Sejarah yang sentiasa memimpin saya, memberi dorongan serta memberi keyakinan kepada saya bagi menjayakan Kerja Kursus Sejarah saya. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang tersayang iaitu Mohammad Hisham Bin Mokhtar dan Rubi Rusni Binti Mokhtar yang banyak membantu dari segi kewangan, pendidikan, moral dan idea serta rakan-rakan seperjuangan saya iaitu Azmil Mahfuz Bin Abdul Rahim, Zahidin Bin Mohd Tarmizi yang banyak memberi dorongan dan galakan sepanjang saya menjalankan tugas ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.

Sekian, Terima Kasih.Wassalam.



HASIL KAJIAN


Nama bangunan:

- Menara Condong Teluk Intan

Nama Lain:

- Jam Tinggi



2. LATAR BELAKANG

ASAL USUL

Menara Teluk Intan telah dibina oleh seorang kontraktor Cina bernama Leong Choon Chong. pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi. kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini. Apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia dikenali dengan jolokan Menara Condong lantas menempah gelaran menara condong kedua didunia selepas Menara Pisa di Itali.

- Semasa Pemerintahan Jepun

Bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya.

Semasa Perang Dunia Kedua, pihak pentadbiran bertujuan merobohkan menara ini kerana bimbang ia akan menjadi petanda kepada serangan kapal terbang Jepun. Tetapi ia mendapat tentangan dari penduduk tempatan, cadangan itu terpaksa dibatalkan dan kekal hingga ke hari ini dibawah pemeliharaan pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

PENGASAS

Orang yang bertanggungjawab membinanya ialah seorang pemborong bernama Choong Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri China.

TAHUN DIBINA

- Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 hingga 1892.


LOKASI


- Terletak di pertemuan dataran segiempat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara yang sudah berusia lebih satu abad.


TUJUAN PEMBINAAN

Menara Teluk Intan ini dibina untuk tujuan asal pembinaannya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air untuk penduduk Bandar Teluk Intan. Air daripada tangki Menara Teluk Intan ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar ini tidak mempunyai perkhidmatan bomba. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama dibahagian atasnya.

Melalui kajian yang dibuat terhadap Menara Condong yang dahulu dikenali sebagai

Jam Tinggi, tujuan dan motif pembinaannya adalah seperti berikut:

-Sebagai sebuah tangki air untuk penduduk Bandar sekiranya berlaku kemarau.

-Bagi memperingati jasa pentadbir (British)

-Bagi membekalkan air untuk memadam api sekiranya berlaku kebakaran.

-Sebagi penentu waktu “Time Keeper” dan

-Menjadi mercu tanda Bandar.


(f) KOS PEMBINAN

- Tidak diketahui

(g) PERASMI

- Tidak diketahui


(h) KEISTEMEWAAN BANGUNAN

Setelah diteliti, didapati pengaruh senibina Cina begitu kuat pada bangunan ini. Ini adalah kerana ianya berkonsepkan senibina “Pagoda”. Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya itu untuk dihayati. Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam ini seperti gerbang, bumbung genting dan hiasan jubin dan sebagainya yang menunjukkan kekayaan budaya dan senibina Cina. Dari luar kelihatan seolah-olah menara jam ini adalah sebuah bangunan 8 (lapan) tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat 3 (tiga) tingkat sahaja. Menara jam ini memiliki 110 anak tangga yang

menghubungkan setiap aras yang tingginya 5 meter. Kekayaan senibina diperbuat daripada struktur kayu dan batu. Setiap tingkat dilengkapi dengan lorong jalan 1.8 meter lebar berdindingkan tembok rendah 0.6 meter tinggi yang dihiasi dengan batu berwarna

hijau Ketelitian senibinanya dan perancangan ruang dapat dilihat dari adaptasi penggunaannya iaitu sebagai tangki air. Tangki air tersebut terdapat di tingkat 3 yang diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 5 meter dengan muatan 18.36 meter padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 13 meter dan semakin menguncup ke atas berukuran garis pusat 8.2 meter.


(i) FAKTOR KECONDONGAN

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku kecondongan menara jam ini ke arah barat laut dengan bebanan tangki air yang banyak. Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut. Peristiwa ini menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.



ELEMEN 2

MEREKOD FAKTA SEJARAH

SENARAI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

HALAMAN

1.

TAJUK KAJIAN


2.

SENARAI KANDUNGAN


3.

PENGHARGAAN


4.

OBJEKTIF KAJIAN


5.

KAEDAH KAJIAN


6.

HASIL KAJIAN


7.

RUMUSAN


8.

LAMPIRAN


9.

RUJUKAN



ELEMEN 2

MEREKOD FAKTA SEJARAH

SENARAI SEMAK

BIL.

SENARAI SUMBER

TANDAKAN (/)

1.

BUKU ILMIAH


2.

JURNAL


3.

AKHBAR


4.

MAJALAH


5.

ORANG SUMBER


6.

MELAWAT TEMPAT KAJIAN


7.

INTERNET


8.

TELEVISYEN


9.

RADIO


JUMLAH


.....................................

( Tandatangan Guru )

Penilai

10 comments:

HaFez94 said...

SALAM.. MINTA MAAF LAH KALAU YANG BAHAGIAN SENARAI SUMBER TU BAHAGIANTANDATANGAN TU SALAH..EDIT BALIK..OK

Anonymous said...

semua2 bahagian isi ni memang bagus

Anonymous said...

isi bagus bangat..
hrap ley tlg sy siapkn flio sy..

HaFez94 said...

Terima Kasih..nanti saye postkan element3 pulak..

Anonymous said...

WAH!!!Bgos nyerw...tq hafez!!!awak da tlong sy...sy akn pstkn y nme awk ad dlm pghargaan sy...tq!!x sie2 sy bkak blog awk...hu2...smoge tuhan rply jase awk ea...

HaFez94 said...

alhamdulillah..terima kasih semua..saye pun doakan kejayaan rakan semua..

Anonymous said...

thankz 4 helping me..arigato'gonzaimas

Anonymous said...

:j:

Anonymous said...

thanx a lot 2 u lor....

Anonymous said...

Arigatou gozaimasu ^^

Post a Comment

BUDI BAHASA BUDAYA KITA - "MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

>