Assalammualaikum..sihat semua? Hari nie hafez nak postkan gambar menara Teluk Intan same macam menara Pisa...hehe..ok. Hafez ade jumpa laman web nie.. click kat sini (ArtMelayu). Tapi hafez ade postkan kat sini..senangle sesape nak copy and paste kan.. cuma diingatkan bahawa anda kena letakkan laman web yang anda cari sumber nie..Cikgu mungkin tidak akan terima jika sumber mane yang anda cari tu..
tower in Teluk Intan, Perak. Nie sebenarnya adalah menara untuk menyimpan bekalan air yang dibina oleh British dahulu...
Lihat rekabentuknya yang menyerupai bangunan Pagoda China. Rekabentuk menarik yang melindungi fungsi sebenarnya sebagai menara menyimpan air ini menyebabkannya menjadi salah sebuah bangunan utama tarikan pelancong asing.
Pintu utama nak masuk kemenara Teluk Anson.. dulu teluk intan dikenali sebagai teluk anson.
Tangga yang unik untuk pengunjung naik keatas menara nie untuk melihat bandar raya Teluk Intan.
Tingkap yang sentiasa terbuka.. aduh hai..
Inilah bahagian bawah tangki air di dalam Menara Condong Teluk Intan..unik
Suasana Bandar Raya Teluk Intan.. Ini adalah medan selera Teluk Intan..beat..ade macam2 makanan.. cakap je..kat sane juga ade pasarraye the stroe..billion..hehe..apa2.. visit perak..
GAMBAR TAMBAHAN..LAME PUNYE
The Clock made by J.W. Benson
PETA LOKASI MENARA CONDONG TELUK INTAN (GAMBAR WARNE)
nie saje2 nak postkan skali..mana tahu lah kan..sesape yang nak cari ISTANA RAJA MUDA TELUK INTAN..
GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DATO SERI MAHARAJA LELA - SMKDSML. INI CUMA GAMBAR MASA PENGETUA SEKOLAH SAYA NAK PINDAH. YANG PAKAI BAJU BATIK WARNE BIRU MUDA DUDUK BARISAN DEPAN(YANG PAKAI CERMIN MATA). GURU-GURU YANG HADIR NIE SIKIT JE.. SEMPENA HARI GURU NIE..SAYA LETAK LAH GAMBAR BIE SEBAGAI KENANGAN.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK JIKA ANAK DIDIKMU INI ADE MEMBUAT KESALAH DAN DOAKANLAH KEJAYAAN ANAK DIDIKMU INI.. HAFEZ
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
TEMA-TEMA HARI GURU
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadhirat Allah SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak. Antara doa baginda yang bermaksud :-
‘Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku’
Maka Allah SWT menganugerahkan baginda Al –Qur’anulKariem yang mengandungi pengajaran mengenai adab dan kesopanan. Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW dengan Al-Qur’an (Riwayat Muslim – Saad Hisham)
Mafhum Firman Allah SWT:-
‘Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi’ (Surah Al-Qalam : 4)
Rasulullah SAW adalah manusia yang :-
paling penyabar, paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
Tiada sekali-kali tangan baginda menyetuh tangan wanita yang tidak dimilikinya selaku sahaya atau ikatan perkahwinan atau wanita itu muhrimnya.
Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait dan sahabatnya.
Adalah baginda manusia yang pemurah hati, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya, makanannya hanyalah tamar dan syair. Selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
Suka memperkenankan undangan sahaya dan orang merdeka
Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab dan membalas hadiah berkenaan.
Tidak memakan harta sedekah
Tidak sombong
Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
Tidak pernah meminta pertolongan orang musrik
Suka berpuasa – mengikat batu pada perutnya apabila lapar – jika makan tidak pernah kenyang
Paling beradab dalam makan – Antaranya - makan tanpa bersandar dan tanpa meja – saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
Tawaddhak dan Tenang
Tidak terganggu dengan urusan dunia
Menyukai jubah bulu/syamlah
Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
Mengunjungi orang sakit
Berkenderaan kaldai dan unta
Menyukai bau-bauan
Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
Berbuat baik dengan kaum bangsawan
Memuliakan orang-orang berakhlak
Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
Ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab
Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk, memfitnah, mengumpat, menganiaya, hasad dengki, tamak haloba dll.
Tidak memukul kecuali di atas jalan Allah SWT, Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
Berkinayah/berdiam diri dengan tampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)
Pembela wanita
Suka menasihati
Dan banyak lagi.
Maksud Sabda Rasulullah SAW :-
‘Demi Allah yang nyawaku dalam kekuatanNya! Tiada masuk syurga kecuali orang yang berakhlak mulia/baik"
‘Bahawa Allah mengelilingkan Agama Islam dengan akhlak/budi pekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik’
Mafhum Firman Allah SWT :
‘Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya dijalankan keadilan dan berbuat kebaikan’ (Surah An-Nahl :90)
‘Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlemah-lembut dengan mereka dan sekiranya engkau berkasar dan bengis/pemarah, tentulah mereka akan melarikan diri dari kelilng mu’
Maksud Sabda Rasulullah SAW:-
‘Aku mewasiatkan engkau supaya bertaqwa kepada Allah, bercakap benar, menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan perbuatan khianat, menjaga jiran tetangga, mengasihani anak yatim, lemah lembut perkataan, memberi salam, bagu amal perbuatan, pendek angan-angan, harus kuat keimanan, memahami Al-Qur’an, mencintai akhirat, merasa gusar mengenai hisab amalan dan merendahkan diri. Dan aku melarang engkau, memaki hakim atau mendustakan orang yang benar atau mentaati orang yang berdosa atau mendurhakai imam yang adil atau merosakkan muka bumi. Dan aku mewasiatkan engkau agar bertaqwa kepada Allah pada setiap batu, kayu dan tanah. Dan engkau datangkan taubat bagi setiap dosa. Taubat rahsia dengan rahsia dan yang terang dengan terang.’
Ali r.a. berkata :
‘Alangkah hairannya orang muslim! Datang kepadanya saudaranya muslim yang memerlukan. Lalu ia melihat dirinya tidak berhak membuat kebajikan kepada saudaranya itu. Sekiranya ia tidak mengharapkan pahala dan tidak takut kepada siksaan, sesungguhnya, sepatutlah ia bersegera kepada akhlak yang mulia kerana akhlak yang mulia itu adalah di antara penunjuk kepada jalan bebas/pelepasan (dari dosa umpamanya)
Antara doa baginda yang masyhur (mengenai peradaban/akhlak mulia) :-
‘Ya Allah Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku kebenaran itu kebenaran, lalu aku mengikutinya. Perlihatkanlah kepadaku kemungkaran dan anugerahilah aku menjauhkan diri daripadanya. Lindungilah aku daripada apa-apa yang meragukan lalu aku mengikuti hawa nafsuku, tanpa petunjuk dari Engkau. Jadikanlah hawa nafsuku patuh mentaatiMu. Ambillah kerelaan diri Engkau dari diriku kepada keafiatan. Dan tunjukkanlah aku kebenaran yang aku perselisihkan padanya, dengan keizinan Engkau. Sesungguhnya Engkau menunjukkan (jalan) siapa yang Engkau kehendaki atas jalan yang lurus’