Sunday, May 10, 2009

6.5 Langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar.

6.5 Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap

alam sekitar.


Atas kesedaran akan masalah yang wujud ini, maka beberapa langkah pelu diambil bagi mengatasi atau mengurangkan masalah yang dihadapi penduduk di sekitar kawasan kajian. Pertama, bagi mengatasi masalah pencemaran air, para petani perlu membuat pembajaan yang selamat mengikut peraturan yang digariskan oleh Jabatan Pertanian serta menggunakan baja dan racun serangga dan perosak secara efisyen. Pada masa yang sama banyakan penggunaan baja organik dan tanaman salingan seperti tumbuhan kekacang bagi mengembalikan kesuburan tanah. Selain daripada itu penduduk yang berhadapan dengan masalah banjir pula boleh merujuk kepada Jabatan Sungai dan Saliran negeri bagi mngatasi masalah tali air ataupun saliran yang rosak dan perluk dibaik pulih dengan segera. Namun begitu penduduk setempat boleh melaksanakan dengan cara bergotong-royong. Bagi mengatasi masalah kepupusan flora dan fauna pihak kerajaan boleh mewujudkan kawasan hutan simpan bagi tujuan mengekalkan keseimbangan ekosistem. Dengan membuat tanaman tutup bumi di kawasan lereng atau cerun bukit dapat mengurangkan masalah hakisan tanah dan tanah runtuh. Hal ini sama seperti yang dilaksanakan di Pulau Jawa, Indonesia. Lereng-lereng bukit yang digondol dibuat teres bagi mengurangkan hakisan tanah. Mewujudkan kawasan pertanian yang khusus juga dapat mengelakkan pembukaan kawasan baru dan sekali gus dapat mengatasi masalah perubahan landskap. Bagi mengatasi masalah sungai cetek pula, aktivit pendalaman sungai boleh dijalankan menggunakan jentera atau pam. Sebagai warga Malaysia yang prihatin kita seharusnya bekerja sama mengatasi masalah yang wujud agar dapat hidup dengan sejahtera.

Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui rajah aliran dibawah.

0 comments:

Post a Comment

BUDI BAHASA BUDAYA KITA - "MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

>