Pages

Sunday, May 10, 2009

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009 - KAEDAH KAJIAN

5.0 Kaedah Kajian

Dalam menjalankan kajian ini saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian antaranya ialah pemerhatian, rujukan, temu bual dan soal selidik. Kaedah pemerhatian ialah kaedah yang dijalankan dengan cara mengenalpasti kawasan serta memerhati keadaan disekitar kawasan kajian dan kemudiannya mencatat maklumat yang dipeolehi ke dalam bentuk lakaran dan juga catatan ringkas. Kemudiannya saya menggunakan kaedah rujukan bagi melengkapkan kajian saya. Dengan bantuan pihak pemetaan Pejabat Daerah Perak Tengah, maka saya dapat gambaran yang lebih jelas dari aspek luas kawasan, jenis kegiatan, potensi mengikut pandangan Pejabat Daerah serta peta daerah.
Selain daripada dua kaedah di atas, saya juga turut menjalankan kaedah temu bual dengan beberapa orang sumber di sekitar kawasan kajian bagi mendapatkan penjelasan serta gambaran tentang kawasan kajian pada masa dahulu serta perubahan sehingga masa kini. Melalui temu bual ini juga saya dapat menilai pendapat yang diberikan tentang permasalahan yang wujud serta idea mengatasi berdasarkan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Di samping itu juga, soal selidik turut dibuat. Soal selidik akan dijalankan terhadap 30 responden, dan ini bertujuan mengukuhkan lagi kajian saya terutama dalam hal yang berkaitan dengan potensi bentuk muka bumi, halangan serta langkah mengatasi terhadap alam sekitar di kawasan kajian. Hasil gabungan empat kaedah kajian ini maka sudah pasti menghasilkan kajian yang bermutu, tepat dan boleh dipercayai.

0 comments:

Post a Comment

BUDI BAHASA BUDAYA KITA - "MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

>