Pages

Sunday, May 10, 2009

6.2 POTENSI BMB

6.2 Potensi BMB Kepada Kegiatan Manusia dan Pembangunan
Kawasan Kajian.

Di dalam kawasan kajian ini tanah pamah amat sesuai dan berpotensi bagi
tujuan pembinaan jalan raya bagi tujuan pengangkutan dan perhubungan
penduduk. Oleh kerana tanah pamah ini rata maka pembinaan jalan raya
menjimatkan kos. Terdapat banyak petempatan di sekitar kawasan Kg. Makmur, selain itu terdapat juga Sek Keb Sungai Galah, Klinik desa, pondok polis, dewan orang ramai dan sebagainya. Terdapat juga kawasan perniagaan yang dibina di sekitar kawasan kajian antaranya ialah rumah kedai dan pusat pengumpulan kelapa sawit yang terletak di Kg. Balun Bidai. Dengan ini kawasan setempat dapat dimajukan dan dibangunkan dengan penuh ekonomik pada kos yang optimum tetapi mempunyai fungsi yang maksimum.

Jika dibandingkan dengan kawasan Pulau Jawa pula, ia merupakan kawasan tanah tinggi dan beralun yang mana terbentuk dari gunung berapi yang aktif. Oleh kerana kawasan ini merupakan tanah lava bes yang subur, maka ia sesuai dengan pelbagai dengan kegiatan ekonomi antaranya ialah, penanaman padi bukit di Bayungwangi. Kawasan gunung berapi ini merupakan tempat yang mempunyai pemandangan yang cantik dan terdapat beberapa tasik seperti Danau Jatiluhur menjadi penjana kepada kegiatan pelancongan sekali gus menyumbang kepada kegiatan ekonomi penduduk di Pulau Jawa. Selain itu kawasan Pulau Jawa ini juga mempunyai taburan penduduk yang padat kerana dipengaruhi oleh faktor tanah lava bes yang subur yang mana amat sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian.
Namun begitu, saya berasa bangga kerana dapat tinggal di negara Malaysia yang aman, cantik, subur dan mempunyai kepelbagaian kegiatan ekonomi yang banyak membantu penduduk tempatan.

0 comments:

Post a Comment

BUDI BAHASA BUDAYA KITA - "MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

>