Pages

Wednesday, November 25, 2009

Gaya Bahasa Novel Perlumbaan Kedua

Gaya Bahasa


1. Dalam novel Perlumbaan Kedua, Marwilis Haji Yusuf telah menggunakan pelbagai unsur gaya bahasa untuk menyampaikan cerita denagn cara yang lebih menarik dan berkesan.

2. Unsur-unsur gaya bahasa itu dapat diteliti seperti yang berikut :


Diksi

1. Pemilihan kata oleh pengarang dapat memberikan gambaran yang jelas tentang suasana di dalam hutan yang menjadi latar cerita Pemilihan ini.

Contohnya :

ü Pantulan cahaya dari butir-butir embun.

ü …burung-burung bersiul dan berkicau riang.

2. Pengarang banyak juga menggunakan kata sang. Penggunaan kata ini sangat sesuai dengan watak-watak binatang. Contohnya, Sang Arnab, Sang Belang, Sang Gajah, dan lain-lain.

Peribahasa

1. Peribahasa berfungsi memberikan gambaran yang lebih jelas di samping menimbulkan keindahan dalam sesebuah karya.

2. Pengarang banyak menerapkan unsure peribahasa dalam penulisan novel ini. Sebagai contoh :

ü Bajak wangkang makan diangkat.

Ayat

1. Pengarang banyak menggunakan ayat yang pendek dan sederhana panjang dalam novel ini.

2. Yang berikut adalah contoh ayat-ayat yang pendek :

ü Hatinya lega.

ü Gigit-menggigit. Tolak-menolak. Tendang-menendang.

3. Penggunaan ayat yang pendek itu memudahkan pembaca memahaminya.

Simile

1. Pengarang ada juga menggunakan unsure gaya bahasa simile. Contohnya :

Mergastua bersahut-sahutan bagaikan bergurindam dan berseloka memuja keindahan alam.

2. Dalam contoh di atas, pengarang membandingkan ‘suara mergastua’

kedengaran seperti ‘suara orang bergurindam dan berseloka’.

Personifikasi

1. Unsur gaya bahasa personifikasi banyak juga digunakan oleh pengarang, iaitu pengarang memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara.

2. Yang berikut ialah contoh personifikasi :

ü Bilah-bilah cahaya menari.

ü Hari telah merangkak senja.

Pengulangan

1. Pengarang mengulang sesuatu kata atau frasa untuk menegaskan sesuatu hal di samping untuk menimbulkan unsur keindahan.

2. Yang berikut ialah contoh pengulangan.

ü Sudah sepagi ia berjalan. Sudah luas semak diredah. Sudah berpuncak-puncak bukit didaki.

ü Entah berapa lurah dituruni. Entah berpa denai dilalui. Entah berapa padang direntasi tetapi tiada seekor kura-kura yang ditemui.

Nilai

1. Nilai tolong-menolong terlihat pada watak Sang Murai dan Sang Kancil yang menjemput seluruh warga rimba hadir untuk menyaksikan perlumbaan antara Sang Arnab dan Tuk Kura.

2. Nilai menepati janji tergambar pada watak Tuk Kura. Walaupun Tuk Kura menghilangkan diri kerana bertapa, tetapi dia tetap muncul di tempat perlumbaan pada hari yang dijanjikan.

3. Nilai bijaksana pula terdapt pada watak Tuk Kura. Tuk Kura bijak memili tempat perlumbaan dan cara berlumba sehingga berjaya memenangi perlumbaan dengan Sang Arnab.

4. Nilai tegas pun terdapat pada watak Tuk Kura. Tuk Kura bertegas dengan pendiriannya untuk berlatih meniti batang dan batu hampar yang licin.

5. Nilai simpati tergambar pada watak Sang Gajah. Sang Gajah yang menjadi hakim perlumbaan membenarkan Tuk Kura berehat.

0 comments:

Post a Comment

BUDI BAHASA BUDAYA KITA - "MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

>