Pages

Wednesday, November 25, 2009

Novel Tingkatan 4 - Perlumbaan Kedua

B. Tema

Isi : Kebijaksaan menggunakan akal fikiran dapat mengatasi kekuatan fizikal dalam sesuatu perlumbaan.
Kebijaksaan Tuk Kura memilih lereng bukit sebagai kawasan perlumbaan dan kebijaksanaannya melambungkan diri dari puncak bukit membantu Tuk Kura menewaskan Arnab Putih yang hanya bergantung kepada kepantasannya.

Huraian 1 : Kebijaksanaan membuat keputusan.
Tuk Kura memilih lereng bukit sebagai kawasan perlumbaan dan bijak melambungkan diri dari puncak bukit untuk memenangi Perlumbaan Kedua.

Huraian 2 : Kebijaksaan mengatur strategi untuk menghadapi perlumbaan kedua.
Tuk Kura mengumpul suku-sakatnya lalu memilih sepuluh ekor kura-kura muda. Kemudian, kesemua kura-kura tersebut dibawa ke tebing sungai untuk diberi pelbagai jenis latihan sebelum menghadapi hari perlumbaan.

Huraian 3 : Kebijaksanaan memerangi perlumbaan kedua.
Sebelum hari perlumbaan, Tuk Kura menghilangkan diri sehingga pihak lawan (arnab) berasa begitu yakin sehingga gagal membuat persediaan. Kelebihan Tuk Kura itu telah memudahkan Tuk Kura memenangi perlumbaan kedua. Selain itu, tindakan mengejut Tuk Kura menggunakan cara melambung diri dari puncak bukit turut merupakan kebijaksaannya.
C. Persoalan

Isi 1 : Perjuangan untuk menebus maruah.

Huraian : Arnab Putih berasa tercabar dan malu apabila mendapati keturunannya pernah tewas kepada kura-kura suatu ketika dahulu. Maka Arnab Putih mengambil keputusan untuk menebus semula maruah dengan mengambil bahagian dalam perlumbaan kedua.

Isi 2 : Amalan tolong-menolong dan bekerjasama

Huraian : Sang Gajah menolong Tuk Kura dan cucu-cucunya untuk mendaki bukit dan kerjasama erat antara kura-kura muada sewaktu membuat latihan.

Isi : Kegigihan yang berterusan pasti akan membawa kejayaan.

Huraian : Tuk Kura gigih memberi latihan yang berterusan kepada kura-kura muda di tebing sungai dalam usaha memenangi perlumbaan kedua.

D. Nilai

Isi 1 : Kegigihan

Huraian : Tuk Kura gigih berusaha untuk memenangi perlumbaan kedua dengan mengumpul suku-sakatnya lalu memilih sepuluh ekor kura-kura muda untuk dilatih di tebing sungai. Tuk Kura memberi pelbagai jenis latihan kepada 10 ekor kura-kura muda.

Isi 2 : Kebijaksanaan

Huraian : Kebijaksanaan Tuk Kura terbukti apabila Tuk Kura memilih lereng bukit sebagai kawasan perlumbaan. Selain itu, tindakan Tuk Kura melambungkan diri dari puncak bukit untuk memenangi perlumbaan turut menggambarkan kebijaksanaannya.

Isi 3 : Tolong-menolong

Huraian : Sang Gajah telah menolong Tuk Kura dan cucu-cucunya dengan membawa mereka mendaki bukit hingga ke puncak. Malah, Sang Murai dan Sang Tupai pula menolong Sang Kancil untuk menyebarkan berita perjumpaan binatang ke seluruh hutan.


E. Pengajaran

Isi 1 : Kita hendaklah bijak menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian

Huraian : Tuk Kura bijak melantunkan diri dari puncak bukit untuk memenangi perlumbaan kedua.

Isi : Kita hendaklah hidup tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain supaya sesuatu kerja yang susah dan berat menjadi senang atau mudah.

Huraian : Sang Gajah menolong Tuk Kura dan cucu-cucunya dengan membawa mereka mendaki puncak bukit. Manakala, Sang Murai dan Sang Tupai pula menolong Sang Kancil untuk menyebarkan berita perjumpaan binatang ke seluruh hutan.

Isi 3 : Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Huraian : Tuk Kura gigih mengumpul suku-sakatnya dan gigih memilih sepuluh ekor kura-kura untuk diberi latihan. Tuk Kura gigh mengatur pelbagai jenis latihan kepada sepuluh ekor kura-kura muda di tebing sungai.


F. Latar Tempat

Tempat : Tanah lapang

Peristiwa : Arnab Putih sedang berlari-lari menguji ketangkasannya di tempat ini. Di sinilah Sang Kancil mengingatkan semula Arnab Putih kisah kekalahan nenek moyangnya di tangan kura-kura 198 tahun lalu. Di kawasan ini jugalah, Sang Kancil mencabar Arnab Putih untuk berlumba dengan Tuk Kura.

Tempat : Bukit Batu

Peristiwa : Di lereng bukit inilah berlangsung perlumbaan kedua dan di sini juga Tuk Kura melambungkan dirinya untuk memenangi perlumbaan kedua.

Tempat : Tebing sungai

Peristiwa : Di kawasan inilah, Tuk Kura melatih suku-sakatnya untuk menghadapi perlumbaan kedua. Di kawasan ini juga Sang Tedung menghasut sepuluh ekor kura-kura muda untuk menarik diri daripada latihan. Di sini juga Tuk Kura didera oleh suku-sakatnya.


G. Latar Masa

Isi 1 : 198 tahun

Huraian : Sang Kancil mengingatkan semula kekalahan keturunan arnab di tanga kura-kura kira-kira 198 tahun lalu.

Isi 2 : Tempoh masa dua bulan

Huraian : Sang Gajah yang bertindak sebagai hakim memberi tempoh masa dua bulan untuk Arnab Putih dan Tuk Kura membuat persedia. Tuk Kura memilih suku-sakatnya untuk diberi latihan di tebing sungai.

Isi 3 : Pada hari perlumbaan

Huraian : Semua binatang berkumpul. Tuk Kura muncul semula. Perlumbaan kedua diadakan dan dimenangi oleh Tuk Kura. Semua suku-sakat Tuk Kura meminta maaf daripada Tuk Kura.
Watak utama dalam novel ialah Tuk kura. Beliau berusia 199 tahun. Merupakan ketua kumpulan kura-kura dan bersaiz badan besar. Beliau mempunyai sifat berani , penyayang dan gigih berusaha.
Beliau dapat menghadapi cabaran dalam hidupnya berdasarkan perwatakannya , iaitu berpengalaman dan berfikiran tajam. Contoh , Tuk kura banyak pengalaman hidup dan dapat menjangkakan apa yang akan berlaku seperti helah yang digunakan oleh sang arnab. Seterusnya Tuk kura juga berhati-hati dalam sebarang tindakannya. Contohnya , beliau berwaspada dengan tipu muslihat sang kancil apabila sang kancil memberitahu nya sang arnab mencabar Tuk kura berlumba kali kedua. Ini kerana sang kancil terkenalkan dengan sifat yang suka mengadu domba binatang lain.Selain itu, Tuk kura mempunyai pendirian yang tegas terutama terhadap cucu- cucunya dan tetap mempertahankan apa yanh ditetapkan seperti mengadakan latihan walaupun ditentang oleh suku sakat yang lain. Tuk kuta digambarkan seorang yang berani kerana menyahut cabaran sang arnab yang lebih tangkas daripadanya untuk berlumba sekali lagi walaupun yang lain berasa takut tetapi dia tidak gentar sebaliknya mencari jalan untuk menewaskan sang arnab. Berdasarkan perwatakan yang ada pada dirinya maka Tuk kura dapat menghadapi cabaran dalam hidupnya dan seterusnya dianggap sebagai wira kerana mampu mempertahankan maruah suku sakatnya.


NILAI

Menepati janji Contohnya, tuk kura muncul pada hari perlumbaan seperti yang dijanjikan.

Bijaksana, Contoh, tuk kura bijak memilih tempat perlumbaan dan cara berlumba.

Tegas kerana tuk kura tetap dengan pendiriannya untuk berlatih mengikut caranya.

Berani. Contoh, tuk kura berani berlumba dengan sang arnab.

Insaf. Contoh, suku-sakat kura insaf akan kesalahan mereka mendera tuk kura.
Novel: Perlumbaan Kedua

Peristiwa : Bertimbang rasa menawarkan bantuan.

Huraian : Sang Gajah yang kasihan melihat Tuk Kura lambat bergerak kerana usianya lanjut menawarkan bantuan kepada Tuk Kura untuk menjinjiingnya ke puncak bukit semasa meninjau kawasan perlumbaan kedua.

Peristiwa : Bertimbang rasa dengan memberi cadangan.

Huraian : Tuk Kura dan anak-anak buahnya dalam perjalanan menuju ke padang rumput . Dalam perjalanan itu, Sang Gajah mencadangkan Tuk Kura dan anak-anak buahnya berhenti rehat kerana simpati melihat kesusahan dan keletihan Tuk Kura dan anak-anak buahnya.

Peristiwa : Bertimbang rasa dengan menawarkan bantuan menyampaikan pesanan.

Huraian : Sang Murai terserempak dengan Tuk Kura yang dalam perjalanan untuk menghimpunkan suku-sakatnya lalu Sang Murai menawarkan bantuan menyampaikan pesanan kerana Sang Murai berasa simpati terhadap Tuk Kura sedangkan Sang Murai boleh terbang lebih cepat dan dapat menyampaikan pesanan Tuk Kura dengan segera.

Peristiwa : Bertimbang rasa dengan memberi pandangan

Huraian : Sang Murai bertemu dengan Sang Kancil yang mencari Tuk Kura untuk menyampaikan cabaran Sang Arnab Putih.Sang Murai sangat kasihan melihat Sang Kancil yang keletihan dalam usahanya menjejak Tuk Kura lalu mencadangkan Sang Kancil mencari Tuk Kura di kawasan paya.

1 comments:

yauvanimacaluso said...

Borgata Hotel Casino & Spa - bsjeon.net
Borgata 인생도박 Hotel Casino 스포츠 스코어 & Spa - Spa. 토토 사이트 검증 Atlantic City. Borgata Hotel Casino & Spa. Borgata Hotel bet365 우회 주소 Casino 바카라패턴 & Spa. Atlantic City. Borgata Hotel Casino & Spa. Atlantic City.

Post a Comment

BUDI BAHASA BUDAYA KITA - "MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

>