Pages

Sunday, May 10, 2009

2.0 PENDAHULUAN

2.0 Pendahuluan

Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi tingkatan tiga bagi tahun 2009. Kajian ini mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Melalui kajian ini, saya berharap dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang BMB di kawasan Kg. Selat, Layang-Layang Kiri dan seterusnya mengenal pasti ciri-ciri BMB di kawasan tersebut. Selain itu saya juga ingin melihat potensi BMB kepada kegitan manusia.selepas itu di dalam kajian ini juga saya akan melihat halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia serta kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Akhir sekali saya akan mencadangkan langkah-langkah mnegurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Akhir sekali melalui kajian ini juga diharap dapat meningkatkan lagi semangat kecintaan dan bangga terhadap kawasan kajian. Setelah itu, saya akan membuat perbandingan BMB dengan kawasan Pulau Jawa, Indonesia. Rasional pemilihan Pulau Jawa sebagai perbandingan ialah berdasarkan faktor bentuk muka bumi dan ciri fizikal iaitu terletak di kawasan gunung berapi yang aktif dan subur serta mempunyai banyak sumber yang bernilai yang berpotensi untuk diteroka.
Rasional pemilihan Kg. Selat pula adalah kerana ia merupakan salah satu kawasan tanah pamah yang rata dan sedikit beralun dan merupakan kawasan kelompok pertanian di daerah Perak Tengah, Perak. Terdapat tiga jenis tanaman utama di kawasan ini iaitu sawah padi, kelapa sawit dan juga dusun buah-buahan. Sebahagian besar penduduk kawasan ini turut terlibat dalam pekerja di dalam sektor pertanian sama ada secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian penduduk di kawasan ini juga terlibat dengan pekerjaan di dalam sektor lain seperti sektor perkilangan dan pembuatan, sektor perkhidmatan sama ada di dalam sektor kerajaan ataupun swasta serta sektor perniagaan.
Dengan ini saya berpendapat kawasan Kg.Selat mempunyai BMB dan potensi yang unik sama ada dari segi fungsi, sumbangan, kesan, halangan dan sebagainya. Pada masa yang sama penduduk di sekitar kawasan Kg. Selat ini menceburi pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi yang amat berpotensi untuk dimajukan pada masa hadapan dan ini sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat setempat ke arah mencapai taraf hidup yang lebih selesa.

2 comments:

Unknown said...

thanx a lots....
banyak bantu sayer in wat folio GEO...

Anonymous said...

tq 4 everything :k:

Post a Comment

BUDI BAHASA BUDAYA KITA - "MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

>