Pages

Sunday, May 10, 2009

6.4 Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

6.4 Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

Pelbagai kegiatan ekonomi yang telah dijalankan oleh penduduk tempatan di kawasan Kg. Makmur, namun begitu terdapat beberapa kesan kegiatan penduduk terhadap alam sekitar. Pertama ialah masalah pencemaran air akibat penggunaan baja kimia dan racun serangga seperti Diklorodifeniltrikloroetana (DDT) tanpa kawalan. Air yang mempunyai kandungan nitrat, nitrit dan fosfat yang tinggi ini akan menyebabkan pencemaran air dan memusnahkan flora dan fauna. Penggunaan baja tanpa kawalan ini juga menyebabkan berlakunya pencemaran tanah. Kejadian banjir kilat juga kerap berlaku kerana banyak pokok-pokok asal ditebang dan digantikan dengan penanaman kelapa sawit dan pada masa yang sama menyumbang kepada kejadian hakisan tanih. Penebangan tumbuhan asal dan digantikan dengan penanaman kelapa sawit telah menyebabkan berlakunya perubahan landskap. Bagi kawasan Pulau Jawa pula, kesan kegiatan manusia juga turut berlaku. Antaranya ialah berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh kerana penebangan tumbuhan tutup bumi dikawasan cerun-cerun bukit bagi tujuan penanaman pagi bukit dan sayur-sayuran. Hakisan yang berlaku ini secara tidak langsung menyebabkan pemendapan sedimen di dasar sungai giat berlaku dan sekali gus menjadikan sungai semakin cetek. Selain itu ia juga menyebabkan masalah pencemaran air turut berlaku. Pembukaan kawasan pertanian baru di kawasan bukit bukau ini juga menyebabkan kepupusan flora dan fauna menjadi masalah yang serius. Dan apabila masalah kepupusan flora dan fauna ini wujud maka ia menyumbang kepada masalah gangguan dalam ekosistem di kawasan Pulau Jawa. Kesan ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui peta minda di sebelah. Oleh hal yang demikian kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bertanggungjawab menjaga sumber yang ada ini agar dapat dinikmati oleh generasi masa depan.

10 comments:

Anonymous said...

:x

Anonymous said...

fuckkkkkkkkkkkkkkk

Anonymous said...

babi sial

Irah970 said...

betol2

Anonymous said...

lepoooooookk

Unknown said...

what is this....

NurulBalqis said...

kalau nak komen pon tak yah nak kata babi sial babi.....fuck pon x yahla....palat doooh Anonymous ni...

Anonymous said...

bagus ayat tu

Anonymous said...

Thank You for sharing....

Anonymous said...

very good...impressive...

Post a Comment

BUDI BAHASA BUDAYA KITA - "MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

>